Michelle Gun


Kemunculan Nadia Brian dalam bidang lakonan ternyata mencuri tumpuan ramai termasuk stesen televisyen dan penerbit.

Selepas drama Akulah Balqis, tawaran berlakon tidak pernah terputus malah dia juga dilantik menjadi jurucakap bagi beberapa produk.

Disebabkan itu, ramai beranggapan pemilik nama sebenar Nadia Najwa Mohamed Rashidi ini sekadar bersandarkan rupa.

Pelakon berusia 25 tahun itu menegaskan kecantikan hanya bonus dan paling penting adalah bakat serta usaha.

“Pernah ada orang mengutuk saya menjadi pelakon kerana paras rupa namun mereka sebenarnya tidak tahu saya ada diploma dalam teater.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 April 2016 @ 6:18 AM