Oleh Amirul Haswendy Ashari.


Artis datang dan pergi, yang cekal akan kekal dan yang lemah pasti terus tenggelam. Bagaimanapun jika cukup ilmu di dada dan bijak menangani ranjau duri dunia hiburan, tidak mustahil terus gagah melakar kejayaan.

Pelakon baru, Nadia Brian atau Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 24, biarpun masih hijau dan jauh lagi perjalanan seninya, dia tahu untuk dihargai perlu terus menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin.

Menunjukkan lakonan berkesan melalui drama bersiri Akulah Balqis, bagi Nadia kecantikan itu satu bonus tapi apabila masuk ke dalam industri dia akui perlu ada ilmu.

“Saya hanya mahu tunjukkan kualiti kerja dan buktikan dalam setiap tawaran yang diterima. Malah ketika penggambaran Akulah Balqis, saya turut minta ilmu daripada adik Puteri Balqis kerana dia berbakat besar.

“Saya juga banyak belajar ‘on-camera’ dan ‘off-camera’ mengenai dunia penerbitan dan lakonan,” katanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Februari 2016 @ 5:18 AM