NADIA mula dikenali menerusi Akulah Balqis, Sarah pula Dia Imamku.
NADIA mula dikenali menerusi Akulah Balqis, Sarah pula Dia Imamku.
Sofiatul Shima Wan Chik


Kali pertama dipertemukan, Nadia Brian, 25, dan Sarah Hildebrand, 25, sungguh mudah menyesuaikan diri. Mereka rancak bertukar-tukar cerita perihal pengalaman baharu bergelar selebriti dan menyambut Ramadan selepas nama mula dikenali.

Nadia mula dikenali selepas membintangi drama Akulah Balqis arahan Erma Fatima. Watak Milda menempa kesan khususnya buat kanak-kanak.

Sarah pula, selain kisah cintanya dengan pengacara Nabil Maher, juga mula berjinak-jinak dengan lakonan dan kini semakin rancak dengan dunia peragaan.

Cinta mereka sedang mekar untuk dunia seni. Bercabang-cabang jurusan yang mahu dieksplorasi atas pertemuan cinta baharu mereka itu.

Selepas Akulah Balqis yang mendapat perhatian, Nadia atau Nadia Najwa Mohamed Rashidi tidak duduk diam apabila terus berlakon drama Rumi dan Jawi.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Jun 2016 @ 5:23 AM