BINAAN simenfero berbumbung susunan kayu menimbulkan suasana menarik.
BINAAN simenfero berbumbung susunan kayu menimbulkan suasana menarik.
TUMBUHAN renek penghias taman riadah itu.
TUMBUHAN renek penghias taman riadah itu.
KANAK-kanak teruja dengan replika sampan di laluan sungai buatan.
KANAK-kanak teruja dengan replika sampan di laluan sungai buatan.
PONDOK sebagai tempat pengunjung berteduh.
PONDOK sebagai tempat pengunjung berteduh.
Rosman Shamsudin


Keindahan penaroma Taman Rekreasi Cyber 12 di Cyberjaya, Sepang, antara tempat riadah yang menawarkan permandangan menarik.

Pusat rekreasi di bawah seliaan Majlis Perbandaran Sepang (MPS) ini mempunyai laluan pejalan kaki di sekeliling taman yang diperbuat daripada himpunan bata.

Di sepanjang laluan itu terdapat kerusi binaan simenfero dan kayu untuk kemudahan pengunjung beristirahat sambil menikmati kehijauan landskap. Terdapat juga wakaf atau pondok kayu di bawah pokok.

Selain itu, binaan simenfero pada laluan pejalan kaki yang mempunyai susunan kayu pada bahagian atas dan bahagian tengah tiang simenfero direka bangku menimbulkan suasana yang agak klasik.

Terdapat sungai kecil di tengah taman ini dan di tebingnya diletakkan batu simenfero menjadikan ia seolah-olah tampak semula jadi.

Pada kolam utama dibina bongkah batu besar juga menggunakan kaedah simenfero sambil di kelilingi rimbunan pokok buluh dan tumbuhan hutan sekali gus menaikan seri taman buatan manusia itu.

Bagi memudahkan pengunjung menyeberangi sungai buatan itu, jambatan kayu dibina membolehkan pengunjung melihat kelibat ikan yang dibela namun tidak dibenarkan memancing.

Replika perahu yang diletakkan di tepi sungai dengan tangga bertingkat menjadi tumpuan pengunjung terutama kanak-kanak yang begitu teruja.

Lebih mengujakan apabila berada di tapak pelbagai aktiviti kerana anda bakal melihat binaan tiang bendera yang menjulang ke langit dengan bendera Selangor megah berkibar.

Pada masa sama taman ini juga dilengkapi tapak untuk senaman palang dan rawatan refleksologi.

Di bahagian tengah taman ini pula mempunyai dataran yang dilengkapi tempat pancuran air di kelilingi kerusi menjadi tumpuan pengunjung terutama pada malam.

Menariknya, jika anda sampai pada kawasan tapak permainan kanak-kanak sudah tentu tidak terlepas pandang sebuah pondok unik.

Pembinaan tiang lampu besi bewarna perak nampak kelihatan klasik di sepanjang laluan taman dan pondok.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 April 2016 @ 5:00 AM