Padang rumput milik Besut Setiu Agropolitan (BSA) dekat Permaisuri yang terbakar petang tadi. - Gambar MOHAMMAD ISHAK
Padang rumput milik Besut Setiu Agropolitan (BSA) dekat Permaisuri yang terbakar petang tadi. - Gambar MOHAMMAD ISHAK
Mohammad Ishak dan Zaid Salim


Marang: Sebanyak 2,940 kes kebakaran hutan dan belukar direkodkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Malaysia dalam tempoh 10 hari bulan ini.

Pengarahnya Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, pembakaran secara terbuka antara sebab yang dikenalpasti sebagai punca kebakaran selain fenomena El-Nino yang melanda negara sejak awal tahun ini," katanya selepas Majlis Perasmian Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) di sini, hari ini.

Beliau berkata, tahun lalu JBPM mencatat 1,708 kes kebakaran hutan dan belukar dalam tempoh sebulan, namun pada bulan ini dalam tempoh 10 hari saja sudah mencecah hampir 3,000 kes.

Hari ini, kira kira lima hektar padang rumput milik Besut Setiu Agropolitan (BSA), Panchur Bederu, dekat Permaisuri, terbakar sejak jam 2.30 petang tadi.

Kawasan ladang rumput napier untuk makanan kambing itu luas kira-kira 32.3 hektar dan hampir lima hektar sudah terbakar.

Bomba dan penyelamat Setiu tiba di lokasi kira-kira jam 3.30 petang bersama satu jentera dan tujuh anggota untuk memadamkan kebakaran itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 April 2016 @ 8:37 PM