CHE Fatimah menguruskan adiknya Anuar.
CHE Fatimah menguruskan adiknya Anuar.
Hazira Ahmad Zaidi


Kota Bharu: “Saya tidak pernah menganggapnya sebagai beban. Selagi kudrat masih kuat, saya jaga Anuar hingga ke hujung nyawa,” kata Che Fatimah Daud, 72, kakak kepada Anuar Daud, 54, yang hilang upaya untuk berjalan selepas diserang demam panas sejak berusia setahun.

Fatimah berkata, adik bongsu daripada tujuh beradik itu dilahirkan normal, namun hilang upaya akibat diserang demam panas hingga dimasukkan ke wad hospital hampir dua minggu.

“Selepas beberapa hari dibawa pulang ke rumah, dia diserang sawan secara tiba-tiba hingga menyebabkan kakinya menjadi kejang dan tidak mampu berjalan sehingga kini,” katanya ketika ditemui di rumahnya yang terletak di Kampung Tanjung Baru, di sini.

Fatimah berkata, dia memikul tanggungjawab menjaga adik istimewanya selepas ibu mereka, Siti Minah Jaafar, 91, meninggal dunia kerana sakit tua lima tahun lalu.

“Walaupun dia membesar sebagai orang kurang upaya (OKU) namun saya amat bersyukur kerana masih lagi melihat serta menjaganya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 April 2016 @ 5:25 AM