CARROLL (tengah) cipta hatrik ketika  menentang Arsenal.
CARROLL (tengah) cipta hatrik ketika menentang Arsenal.
AFP

London: Penyerang West Ham United Andy Carroll meledak hatrik tetapi Laurent Koscielny membolehkan Arsenal mencuri satu mata pada perlawanan yang berkesudahan seri 3-3 malam tadi.

Jaringan Mesut Ozil serta Alexis Sanchez memberikan pendahuluan buat Arsenal tetapi Carroll meledak dua gol pada lewat babak pertama untuk mengikat kedudukan sebelum melengkapkan hatrik, tujuh minit memasuki babak kedua dan kelebihan itu dilihat bakal memberikan kemenangan buat tuan rumah hinggalah Koscielny muncul wira pelawat.

Satu mata itu bagaimanapun tidak membawa makna besar buat kedua-dua pasukan dengan West Ham masih tidak berupaya menyelitkan diri dalam kelompok lima teratas manakala Arsenal ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu Leicester City sambil saingan berbaki enam perlawanan.

Pengurus Arsenal Arsene Wenger memilih untuk menurunkan David Ospina walaupun Petr Cech sudah kembali cergas.

Carroll pula diberi tanggungjawab besar pengurus West Ham Slaven Bilic yang turut berpeluang menurunkan pemain tengah Cheikhou Kouyate selepas kad merah dilayangkan kepadanya ketika menentang Crystal Palace, dibatalkan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 April 2016 @ 5:17 AM