KAKITANGAN Pejabat Perikanan Rompin memeriksa bangkai ikan lumba-lumba yang ditemui terdampar. FOTO Zul Ikhwan Muhammad
KAKITANGAN Pejabat Perikanan Rompin memeriksa bangkai ikan lumba-lumba yang ditemui terdampar. FOTO Zul Ikhwan Muhammad
Zul Ikhwan Muhammad


Rompin: Bangkai ikan lumba-lumba sepanjang 1.7 meter dan berdiameter 1.2 meter dianggarkan seberat 50 kilogram ditemui terdampar di Pantai Tanjung Seratus, di sini, Selasa lalu.

Penemuan haiwan terbabit ditemui seorang pemancing ikan, Radzuan Malek, 51, kira-kira jam 8 pagi dan menemui bangkai berkenaan terdampar di kawasan itu.

Radzuan berkata, pada mulanya dia menyangka objek berkenaan mayat manusia, tetapi ia adalah bangkai ikan lumba-lumba dipercayai sudah beberapa hari terdampar.

"Ia berdasarkan keadaannya yang sudah berbau serta kulitnya mengelupas," katanya ketika menceritakan penemuan bangkai ikan terbabit.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Pahang, Adnan Hussain berkata, penemuan bangkai ikan itu adalah pertama kali di Pahang.

"Hasil pemeriksaan dipercayai kematiannya akibat tersangkut pada jaring pukat, selain terdapat

kecederaan pada ekornya kesan dipotong," katanya.

Berdasarkan pemeriksaan, ikan berkenaan dipercayai mati tiga hari sebelum hanyut ke pantai.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 April 2016 @ 3:43 PM