IDRIS (tiga kiri) bergambar bersama Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof Dr Asma Ismail (dua kanan); Pengarah Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Madya Dr Jaafar Jantan (tiga kanan); Ahli Jawatankuasa Teknikal iCGPA, Prof Ir Dr Shahrir Abdullah (dua kiri) dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Nik Ali Mat Yunus (kanan) selepas sesi dialog dan majlis pelancaran. FOTO Mohd Fadli Hamzah

Siti A'isyah Sukaimi

Putrajaya: Kedai buku dan penuntut yang didapati terbabit dalam penyalahgunaan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) berdepan dengan risiko disenarai hitam daripada menerima baucar berkenaan, tegas Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan Tinggi mengambil maklum berhubung isu penyalahgunaan baucar itu dan akan melakukan siasatan termasuk turun padang bagi mendapatkan maklumat lebih terperinci.

"Kita akan melakukan siasatan untuk memastikan di mana kedai buku yang terbabit dalam penyalahgunaan baucar ini.

"Malah, kita akan berbincang dengan pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) mengenai tindakan boleh diambil terhadap penjual atau kedai buku sama ada tidak membenarkan lagi mereka menjadi wakil jualan yang boleh menerima BB1M," katanya pada sidang media selepas menghadiri sesi dialog dan majlis pelancaran Buku Rubrik Purata Nilai Gred Keseluruhan Berintegrasi (iCGPA) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika memberi maklum balas mengenai wujud dakwaan penyalahgunaan baucar itu apabila ada penuntut menukar BB1M dengan tunai dari kedai buku tertentu.

Bagi penuntut, beliau berkata, mereka yang didapati melakukan penyalahgunaan berkenaan boleh disenarai hitam daripada memperolehi BB1M bagi tahun berikutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Mac 2016 @ 7:19 PM