AJARAN Millah Abraham yang pernah dilaporkan di Harian Metro sebelum ini. FOTO NSTP
AJARAN Millah Abraham yang pernah dilaporkan di Harian Metro sebelum ini. FOTO NSTP
Hayati Ibrahim


Putrajaya: Ajaran sesat Millah Abraham dikesan menular ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini, sejak lapan bulan lalu.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ajaran itu dikesan menggunakan beberapa surau di sini, untuk menyebarkannya dalam kalangan penduduk setempat.

"Kita dapat mengesan dua atau tiga surau yang didatangi kumpulan berkenaan untuk mengadakan ceramah sekali gus menyebarkan ajaran berkenaan.

"Sehubungan itu, kita memantau pergerakan ajaran sesat ini supaya ia tidak terus menular," katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik Sekolah Putrajaya dan Pelancaran Sistem Aplikasi Mesej Sekolah di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Mac 2016 @ 5:03 PM