FOTO Ahmad Othman
FOTO Ahmad Othman
Ahmad Othman


Kota Tinggi: Lelaki warga emas berusia 74 tahun maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan dua kereta dalam kejadian di Kilometer 61.5 Jalan Sungai Rengit di sini, pagi tadi.

Kejadian pada 9.30 pagi itu mengakibatkan mangsa, Umar Ibrahim meninggal dunia akibat mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata kejadian berlaku selepas motosikal dinaiki mangsa hilang kawalan ketika menuruni kawasan bukit.

"Akibatnya mangsa dilanggar sebuah kereta dari arah Kota Tinggi-Sungai Rengit mengakibatkan dia terjatuh dan memasuki laluan bertentangan.

"Pada masa sama mangsa dilanggar sebuah kereta dari laluan bertentangan dari Sungai Rengit-Kota Tinggi," katanya.

Mayat mangsa yang juga mantan Ketua Kampung Seluyut dan mantan Ketua Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Kota Tinggi di bawa ke Hospital Kota Tinggi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Mac 2016 @ 3:32 PM