PEMAIN Harimau Malaysia ziarahi pesakit di Hospital Melaka. Gambar kecil, Datuk Ong Kim Swee.
PEMAIN Harimau Malaysia ziarahi pesakit di Hospital Melaka. Gambar kecil, Datuk Ong Kim Swee.
Aziman Rosdi


Kuala Lumpur: Pengendali Harimau Malaysia Datuk Ong Kim Swee mahu anak buahnya tidak terburu-buru untuk mencari kemenangan ke atas Macau pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Hang Jebat, Melaka, esok.

Biarpun aksi menentang pasukan di ranking ke-195 dunia itu menjadi peluang terbaik untuk bahagian serangan skuad kebangsaan mengasah taji selepas hanya banyak bertahan ketika tumpas di tangan Arab Saudi 0-2 pada aksi terakhir Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Jeddah Jumaat lalu, Kim Swee mahu semua pemain lebih tenang.

“Memang bertemu dengan Macau kami akan menggunakan pendekatan berbeza yang mana aspek menyerang akan ditekankan. Tapi saya tak mahu pemain terburu-buru dalam permainan tapi perlu tenang untuk mengatur gerakan.

“Dalam perlawanan ini saya mahu melihat permainan lebih tersusun bermula dari pertahanan, tengah dan serangan,” katanya.

Harimau Malaysia yang kini menduduki tangga ke-166 dunia tiba di tanah air dari Jeddah Jumaat lalu dan terus berada di Melaka bagi persiapan menghadapi Macau.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Mac 2016 @ 5:23 AM