Nanih meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal dibonceng terbabas di Kilometer 306.8 Lebuh raya PLUS arah utara, dekat Kampar, pagi tadi. FOTO ihsan PDRM
Nanih meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal dibonceng terbabas di Kilometer 306.8 Lebuh raya PLUS arah utara, dekat Kampar, pagi tadi. FOTO ihsan PDRM
Asrizal Aris


Kampar : Wanita berusia 21 tahun maut apabila motosikal dibonceng hilang kawalan lalu terbabas di Kilometer 306.8 Lebuhraya PLUS arah utara dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 8 pagi itu, Nanih Usman, berasal dari Jalan Apas, Tawau, Sabah meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di beberapa anggota badan.

Penunggang motosikal yang juga lelaki berusia 19 tahun parah.

Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon berkata, siasatan awal mendapati mereka dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh.

Menurutnya, apabila tiba di tempat kejadian motosikal ditunggang hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelah kiri.

"Akibat kemalangan itu, penunggang lelaki berusia 19 tahun parah dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh manakala pembonceng wanita meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata, motosikal jenis Yamaha 135LC yang ditunggang mereka hanya calar dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Mac 2016 @ 2:49 PM