MOTOSIKAL mangsa yang terbabit kemalangan. FOTO ihsan Polis
MOTOSIKAL mangsa yang terbabit kemalangan. FOTO ihsan Polis
Wan Asrudi Wan Hasan


Kampar: Lelaki maut selepas motosikal ditunggang merempuh kereta di persimpangan lampu isyarat di Kilometer 17 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di sini, 1.10 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, mangsa, Chan Wai Chun, 27, bekerja sebagai tukang cat kenderaan dan maut di tempat kejadian.

"Siasatan awal mendapati ketika di persimpangan lampu isyarat kereta telah masuk simpang kanan dan pada masa sama penunggang motosikal memasuki simpang lalu melanggar sebelah kiri bahagian penumpang kereta berkenaan.

"Kemalangan itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah," katanya.

Beliau berkata siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Sekayen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mei 2016 @ 7:17 PM