FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Pemandu dan 20 penumpang bas ekspres berdepan detik cemas selepas kenderaan itu tiba-tiba terbakar di Jalan Tuanku Abdul Halim dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian 10 malam itu, bagaimanapun semua penumpang dan pemandu bas berkenaan bernasib baik kerana sempat keluar menyelamatkan diri.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Fadil Hesam Mohamed berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan panggilan kecemasan pada 10.23 malam.

"Seramai 17 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul dan Sri Hartamas bergegas ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi pasukan penyelamat mendapati kejadian kebakaran membabitkan sebuah bas ekspres dua tingkat dengan kemusnahan kebakaran dianggarkan 50 peratus," katanya dalam kenyatan, hari ini.

Menurutnya, bas berkenaan dalam perjalanan dari KL Sentral menghala ke Jalan Jalan Tuanku Abdul Halim.

"Kebakaran dapat dikawal pada jam 11.47 malam dan padam sepenuhnya jam 12.09 tengah malam.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

tamat

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 April 2023 @ 3:06 PM