FOTO tajuk muka depan Harian Metro, Khamis, 24 Mac.
FOTO tajuk muka depan Harian Metro, Khamis, 24 Mac.
Mohd Ruzaini Zulkepli

Kota Kinabalu: Polis kini giat mengenalpasti identiti lima puluh individu dipercayai pengikut ajaran sesat Millah Abraham di negeri ini.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Awang Sahari EM Nadzeer, berkata semua individu berusia 30 hingga 50 tahun itu termasuk ahli keluarga mereka terdiri golongan semi profesional dan belia.

"Berdasarkan maklumat dan risikan, kedudukan mereka di sekitar Tuaran, Sandakan, Tawau dan ibu negeri," katanya dalam sidang media sempena Hari Polis Ke-209 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di Kepayan, pagi ini.

Beliau berkata, polis turut melakukan pemantauan rapi berhubung pergerakan kumpulan berkenaan termasuk mendapatkan kerjasama dengan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Mac 2016 @ 1:12 PM