SUASANA di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya mengadakan solat hajat untuk meminta agar terhindar daripada kesan kepanasan melampau yang imamkan oleh Ustaz Hamdan Muhamad selepas solat jumaat. FOTO Ahmad Idham Mohd Noor

Muhammad Saufi Hassan

Kuala Lumpur: Lebih 1,000 jemaah menunaikan solat hajat di Masjid Negara, hari ini, bagi mendoakan fenomena cuaca panas yang melanda negara tidak berpanjangan.

Solat hajat itu yang diketuai Imam Masjid Negara, Amru Alhaz Adnan disusuli dengan doa khusus untuk meminta perlindungan daripada musibah cuaca panas di seluruh negara.

Ia juga adalah saranan daripada Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha semalam supaya meminta seluruh masjid mengadakan solat hajat sebaik menunaikan Solat Fardhu Jumaat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Mac 2016 @ 3:26 PM