RAMOS ganti Aubameyang yang direhatkan.
RAMOS ganti Aubameyang yang direhatkan.
AFP

Berlin: Pasukan tangga kedua Borussia Dortmund mengurangkan jurang dengan pendahulu Bayern Munich di puncak Bundesliga kepada lima mata kelmarin berikutan kemenangan menakjubkan 3-1 ke atas Augsburg.

Penyerang Dortmund Adrian Ramos, yang bermain selepas penyerang Pierre-Emerick Aubameyang meminta direhatkan berikutan kematian datuknya, memainkan peranan besar membantu kemenangan Borussia pada babak kedua.

Jurulatih Thomas Tuchel berkata, Dortmund masih terasa kesannya selepas menang ke atas Tottenham Hotspur pada aksi Liga Europa, minggu lalu.

“Anda berasa penat dan amat penting menyamakan kedudukan sebaik sebelum rehat,”kata Tuchel.

“Kemudian kami bermain dengan pendekatan lebih tenang dan mempamerkan mentaliti luar biasa serta keinginan untuk menang.”

Augsburg mengejutkan Dortmund di Arena WKK apabila penyerang Iceland Alfred Finnbogason merembat masuk hantaran silang pemain sayap Brazilian Caiuby pada minit ke-16.

Namun, pemain sayap Dortmund Henrikh Mkhitaryan menyamakan kedudukan sebaik sebelum rehat sebelum Gonzalo Castro meledak gol kedua pada minit ke-69 diikuti Ramos pada minit ke-75. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Mac 2016 @ 7:34 AM