NURSULTAN mengundi di Astana, semalam.
NURSULTAN mengundi di Astana, semalam.
SEORANG wanita warga emas mengundi sambil diperhatikan cucunya di stesen pengundian bergerak di Kordai, 250 kilometer di selatan Almaty.
SEORANG wanita warga emas mengundi sambil diperhatikan cucunya di stesen pengundian bergerak di Kordai, 250 kilometer di selatan Almaty.
Kamaruddin Mohamed Salleh

Astana: Rakyat Kazakhstan semalam mengundi dalam pilihan raya untuk memilih 98 anggota Parlimen atau Majlis.

Seramai 234 calon mewakili enam parti politik bertanding dalam pilihan raya itu, yang keenam sejak kemerdekaan Kazakhstan.

Menurut pihak berkuasa pilihan raya, 9,840 pusat mengundi dibuka di seluruh Kazakhstan, negara terbesar di Asia Tengah, dengan lebih 9 juta pengundi mengundi.

Selain itu, tambahan 65 pusat mengundi juga didirikan di kedutaan Kazakhstan di seluruh dunia, termasuk Kuala Lumpur.

Pilihan raya berkenaan juga dipantau 964 pemerhati antarabangsa dari 103 negara dan lapan pertubuhan antarabangsa.

Presiden Nursultan Nazarbayev mengambil keputusan membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya lebih awal selepas didesak sebahagian besar rakyat negara itu.

Parti Nur Otan pimpinan Nursultan menguasai 83 daripada 98 kerusi Parlimen sebelum Dewan dibubarkan sebelum ini.

Nursultan, 75, memerintah di Kazakhstan sejak sebelum kemerdekaannya dari Kesatuan Soviet pada 1991 dan sehingga kini belum menamakan penggantinya.

Keputusan pilihan raya akan diumumkan hari ini. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Mac 2016 @ 7:44 AM