GAMBAR kiri, Xiaoyong  bersama mendiang anaknya. Kanan, Xiaoyong bersama Feng yang berlakon sebagai anaknya.
GAMBAR kiri, Xiaoyong bersama mendiang anaknya. Kanan, Xiaoyong bersama Feng yang berlakon sebagai anaknya.
Agensi

Changsha, China: Seorang bapa yang kehilangan anak tunggalnya akibat sejenis penyakit saraf tujuh tahun lalu terpaksa mendapatkan bantuan seorang pemuda untuk berlakon menjadi anaknya bagi menghadiri satu perjumpaan keluarga.

Huang Xiaoyong, 56, meminta bantuan Wang Feng, 28, bagi menggantikan anak lelakinya untuk berjumpa dengan ibunya yang sudah uzur dan masih percaya cucu kesayangannya itu masih hidup.

Xiaoyong menyembunyikan kematian anaknya, Huang Ge yang meninggal dunia pada 2009 kerana bimbang ibunya tidak boleh menerima berita kehilangan cucu kesayangannya itu.

Katanya, ibunya yang berusia 89 tahun itu sudah uzur dan bimbang dia boleh jatuh sakit akibat terlalu sedih dengan berita berkenaan.

Ge disahkan menghidap sejenis penyakit saraf ketika berumur tujuh tahun dan doktor memberitahu, kanak-kanak itu tidak mungkin hidup melebihi usia 18 tahun.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Mac 2016 @ 7:21 AM