Mohd Nasif Badruddin


Petaling Jaya: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng perlu memberi penjelasan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu pembelian rumahnya dan pertemuan dengan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabuddin Yahaya tidak menyelesaikan masalah.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau difahamkan sudah ramai pihak membuat laporan kepada SPRM mengenai isu pembelian rumah Lim yang jauh lebih rendah daripada harga semasa.

"Pertemuan ini tidak akan menyelesaikan masalah.

Apabila sudah dilaporkan kepada SPRM, maka ia sudah jadi kes dan terserah kepada SPRM," katanya dalam sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Surat Niat Antara Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dengan Kyushu Railway Company Jepun bagi kerjasama teknologi pembangunan industri rel di sini, hari ini.

Lim didakwa membeli rumah di Jalan Pinhorn, Georgetown dengan harga RM2.8 juta tahun lalu jauh lebih murah berbanding harga semasa RM6 juta.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Mac 2016 @ 5:40 PM