AKBAR Ali dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar atas kesalahan mengedar dadah. FOTO Sharul Hafiz Zam
AKBAR Ali dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar atas kesalahan mengedar dadah. FOTO Sharul Hafiz Zam
Oleh Mohamad Hussin

Alor Setar: Seorang peniaga nasi kandar berusia 37 tahun dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas tuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 9,401.8 gram di Arau, Perlis, Oktober tahun lalu.

Tertuduh Akbar Ali Abdul Rahman yang berasal dari Pulau Pinang kelihatan tenang selepas Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abd Wahab menjatuhkan hukuman itu.

Mohd Zaki membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampui keraguan yang munasabah terhadap tertuduh.

Mengikut kertas pertuduhan, Akbar Ali didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 9,401.8 gram di tepi jalan berhadapan kedai Celcom, Kawasan Kompleks Tok Arau, Arau, Perlis, kira-kira jam 9 malam, 12 Oktober tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 November 2014 @ 12:09 PM