ABD. Rahim (kanan) memerhati replika cek disampaikan Jen (B) Datuk Seri Diraja Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Azlan Shah pada majlis penyampaian ‘mock cheque’ di Hotel Concorde.
ABD. Rahim (kanan) memerhati replika cek disampaikan Jen (B) Datuk Seri Diraja Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Azlan Shah pada majlis penyampaian ‘mock cheque’ di Hotel Concorde.
Oleh Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Pertembungan antara Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI Thunderbolts) dengan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ Thunderbolt) hari ini bukanlah sekadar penentuan final bagi menentukan siapakah yang lebih layak untuk menjulang Piala Remaja TNB.

Sebaliknya, pertemuan antara kedua-dua pasukan itu mengulangi aksi epik final 2009 yang menyaksikan SSBJ muncul selaku pemenang.

Bagi ketua jurulatih SSTMI Wan Roslan Wan Rahman, kenangan pahit 2009 sukar untuk dilupakan dan atas faktor itu, beliau berharap barisan pemainnya dapat memenuhi impian merangkul kejuaraan buat kali keenam berturut-turut.

“Saya melihat final tahun ini mengulangi final 2009. Ketika itu kami tewas menerusi penentuan penalti.

“Bagi saya, SSBJ yang akan kami temui bukanlah lagi pasukan yang lemah. Saya melihat SSBJ mempamer prestasi cukup mendadak berbanding pasukan lain pada musim ini.

“Sebab itulah saya harap barisan pemain perlu bersedia sebaik-baiknya apabila beraksi pada final nanti,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, edisi ke-25 Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah yang bakal berlangsung dari 6 hingga 16 April depan menerima suntikan tajaan RM2.1 juta, jumlah tajaan terbesar sejak kejohanan jemputan berprestij itu kali pertama diperkenalkan pada 1983.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola kejohanan itu, Datuk Abd Rahim Mohd Ariff berharap edisi kali ini akan menjadi edisi paling berjaya selepas menerima suntikan tajaan sebesar itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Mac 2016 @ 7:57 AM