WAN Hassan (kiri) menunjukkan rangka motosikal yang dirampas. FOTO Danial Saad
WAN Hassan (kiri) menunjukkan rangka motosikal yang dirampas. FOTO Danial Saad
Azma Razana Johari


Nibong Tebal: Remaja lelaki berusia 17 tahun dipercayai terbabit dalam kes curi motosikal ditahan di Bandar Tasek Mutiara, Seberang Perai Selatan (SPS), 4 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah SPS, Superintendan Wan Hassan Wan Ahmad berkata, polis masih lagi memburu tiga rakan remaja berkenaan yang dikenali sebagai Geng Faris.

Menurutnya, kumpulan berkenaan dipercayai aktif sejak 2011 dan menggunakan alan key yang diasah untuk mencuri motosikal.

"Polis masih lagi memburu tiga rakan suspek yang juga berusia 17 tahun.

"Semua motosikal yang dicuri dileraikan komponennya sebelum dijual dan hasilnya dibahagi sama rata," katanya pada sidang media, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Mac 2016 @ 1:42 PM