Oleh Salman Hamat


Nibong Tebal: Mayat seorang lelaki disyaki lemas selepas terjun dari Jambatan Pulau Pinang Selasa lalu, ditemui terapung oleh nelayan di laut berhampiran Sungai Acheh, Seberang Perai Selatan (SPS), 5.40 petang semalam.

Ketua Polis Daerah SPS, Superintendan Wan Hassan Wan Ahmad berkata, mayat mangsa dipercyai dihanyutkan arus ke perairan berhampiran Sungai Acheh, sebelum di temui nelayan.

"Hasil laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

"Siasatan awal kami percaya mangsa adalah lelaki yang terjun dari jambatan Pulau Pinang," katanya.

Ia juga adalah berdasarkan semakan dilakukan terhadap nombor pendaftaran motosikal ditinggalkan di lokasi dia dipercayai terjun dan pengesahan daripada kenalannya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Februari 2015 @ 2:46 PM