WESTERMAN (kiri) bersama Pengarah Urusan SDAC, Syed Ahmad Muzri melancarkan Ford Focus baru. FOTO Lizam Ridzuan
WESTERMAN (kiri) bersama Pengarah Urusan SDAC, Syed Ahmad Muzri melancarkan Ford Focus baru. FOTO Lizam Ridzuan
Lizam Ridzuan


Petaling Jaya: Ford melalui pengedarnya Sime Darby Auto Connexion (SDAC) hari ini melancarkan model baru Focus import sepenuhnya (CBU) untuk pasaran tempatan dengan enjin 1.5 liter EcoBoost.

Dilengkapi dengan enam beg udara, Ford Focus menggabungkan teknologi pintar dan selamat dengan enjin jimat penggunaan petrol empat silinder yang menjana 180PS kuasa kuda dan tork 240Nm.

Antara ciri terkini yang terdapat pada model baru itu ialah Enhanced Transitional Stablity, Active City Stop, Active Park Assist dan Blind Sport Information System (BLIS) dengan Cross Traffic Alert.

Pengarah Urusan, Gabungan Pasaran Malaysia dan Asia Pasifik Ford, David Westerman berkata, dengan teknologi pintar dan pelbagai ciri prestasi dan keselamatan terkini model Focus semakin seronok untuk dipandu.

"Ditawarkan pada harga bermula daripada RM118,000 dengan enam pilihan warna menarik, 500 unit model ini dijual pada 2015 dan dengan tambahan pelbagai ciri dinamik kami menjangkakan ia dapat melebihi jumlah tahun lalu," katanya selepas majlis perasmian, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Mac 2016 @ 12:09 PM