LEBIH bertenaga selepas menggunakan enjin baharu.
LEBIH bertenaga selepas menggunakan enjin baharu.
PERUMAH lampu yang menarik.
PERUMAH lampu yang menarik.
LAMPU bergaya untuk Ford Focus sedan.
LAMPU bergaya untuk Ford Focus sedan.
RUANG selesa untuk penumpang belakang.
RUANG selesa untuk penumpang belakang.
KONSUL tengah.
KONSUL tengah.
SYNC 2 dengan skrin sesentuh bersaiz lapan inci .
SYNC 2 dengan skrin sesentuh bersaiz lapan inci .
SISTEM audio jenama Sony.
SISTEM audio jenama Sony.
RUANG kabin tampak kemas.
RUANG kabin tampak kemas.
GAYA sedan yang menawan.
GAYA sedan yang menawan.
Erywan Norshal


Sejak diperkenalkan dengan generasi pertama hingga kedua, model Ford Focus tidak pernah menghampakan terutama reka bentuknya yang menarik dan elegan.

Kini Ford Focus memasuki generasi ketiga selepas dilancarkan di negara ini pada hujung 2012 dengan kehadiran dua varian iaitu sedan dan hatchback.

Namun, lepas lebih tiga tahun diperkenalkan, Ford Focus kembali dengan ciri baharu terutama dilengkapi rangkaian kuasa teknologi terkini dikenali EcoBoost bagi menggantikan enjin terdahulu iaitu 2.0 liter Ti VCT GDi.

Bagi mereka yang kurang arif dengan rangkaian kuasa baharu itu, ia sebenarnya enjin cekap yang menerima Anugerah Enjin Tahunan untuk tiga tahun berturut-turut peringkat global. Sudah pasti enjin baharu itu memberi impak besar terhadap Ford Focus biarpun sesaran dilihat berkurangan 0.5 liter, tetapi menyalurkan kuasa maksimum melebihi 10hp daripada rangkaian terdahulu.

Kuasa yang dibekalkan itu ternyata memberi keseronokan bagi penulis menikmatinya di lebuh raya dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dalam sesi pandu uji media baru-baru ini. Sebaik kaki menekan pedal minyaknya, kuasa tork sehingga 240Nm membekalkan tenaga yang mantap untuk menyusuri lebuh raya dengan kelajuan tinggi.

Transmisi enam kelajuan automatiknya juga menawarkan pemanduan sangat lancar dengan pertukaran yang boleh dilakukan pedal di belakang stereng.

Selain meluncur laju sepanjang lebuh raya, penulis teruja dengan pengendaliannya yang menawarkan kestabilan serta penyerap hentak ‘bermain’ dengan baik untuk memberi keselesaan kepada penumpangnya. Cuma tahap penggunaan bahan api dilihat kurang efisien berikutan gaya pemanduan penulis bersama rakan media lain sangat agresif dan memandu pada kelajuan tinggi.

Pada kelajuan tinggi juga, kenderaan ini tetap menawarkan ruang kabinnya yang senyap selepas padanan ciri baharu dengan menggunakan cermin utama penebat bunyi, kaca tingkap tebal dan karpet lebih tebal.

Ford Focus turut dilengkapi dengan ciri teknologi termaju yang sangat menarik membabitkan Bantuan Parkir Aktif Dipertingkatkan.

Ia mempermudahkan pemandu meletak kenderaan secara automatik membabitkan ciri Perpendicular Park iaitu parkir secara menegak, sebagai tambahan pada ciri bantuan Parallel Park yang ada sebelum ini. Selain itu, Park Out Assist membantu pemandu keluar dari parkir selari dengan mudah.

Cara untuk menggunakan fungsi itu, pemandu hanya perlu memilih parkir berkenaan dengan merujuk paparan maklumat pada skrin dan kemudian hanya mengawal pedal minyak. Sistem lantas akan mengambil alih pusingan stereng secara automatik untuk membolehkan kereta memasuki ruang parkir dengan mudah.

Sistem Berhenti Aktif Bandar juga dipertingkatkan yang mana kenderaan berhenti secara automatik dalam situasi tertentu. Kelajuan itu dipertingkatkan sehingga 50 kilometer sejam (km/j) berbanding 30km/j sebelum ini.

Imejnya, ia mempunyai identiti tersendiri untuk tampak unik dari segi rekaannya dengan kombinasi jeriji hadapan yang kelihatan lebih garang dengan hud dan jeriji berbentuk trapezoidal.

Posturnya lebih rendah dan lebar untuk penampilan yang berani serta maskulin.

Sementara itu, ruang kabin tampak lebih canggih selepas dilengkapi SYNC 2 dengan skrin sesentuh bersaiz lapan inci bagi kawalan telefon pintar, sistem hiburan dan suhu.

Malah, tempat penyimpanan barang boleh laras pada konsul tengah boleh memuatkan botol air satu liter bagi memberi keselesaan kepada pemandunya.

INFO

FORD FOCUS

- ENJIN: 1,498cc diturbocas

- KUASA MAKSIMUM: 180PS pada 6,000rpm

- TORK MAKSIMUM: 240Nm antara 1,600 hingga 5,000rpm

- TRANSMISI: Enam kelajuan automatik dengan SelectShift

- TANGKI: 55 liter

- CIRI KESELAMATAN: ABS dengan ESP, Isofi, Blis dan MyKey

- HARGA: Antara RM122,446.35 hingga RM144,025.11

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Mei 2016 @ 5:02 AM