PENGARAH Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Rozi Puteh Ismail (dua kanan) beramah mesra dengan penerima sijil keputusan SPM 2015 yang mendapat keputusan cemerlang. FOTO L Manimaran
PENGARAH Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Rozi Puteh Ismail (dua kanan) beramah mesra dengan penerima sijil keputusan SPM 2015 yang mendapat keputusan cemerlang. FOTO L Manimaran
Wan Asrudi Wan Hasan


Ipoh :Seramai 890 atau 2.66 peratus daripada 33,493 calon sekolah kerajaan yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Perak memperoleh keputusan cemerlang semua A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Pengarah Pendidikan negeri, Rozi Puteh berkata, bagaimanapun keputusan itu menurun sedikit berbanding 934 calon yang cemerlang tahun sebelumnya.

"Bagi indeks Gred Purata Negeri (GPN) 2015 pula adalah 5.22 berbanding 5.20 pada 2014, penurunan sebanyak 0.02 mata," katanya pada sidang media mengumumkan keputusan berkenaan di Pejabat Pendidikan Negeri di sini, hari ini.

Rozi berkata, sebilangan besar calon yang memperoleh keputusan cemerlang tahun lalu terdiri daripada kumpulan calon yang menduduki sembilan atau 10 mata pelajaran.

Katanya, mereka terdiri daripada 353 calon yang mengambil sembilan mata pelajaran, 392 (10 mata pelajaran), 139 (11 mata pelajaran) dan tujuh (12 mata pelajaran).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Mac 2016 @ 12:34 PM