Oleh Mohd Amin Jalil

Seremban: Seramai 1,833 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Negeri Sembilan mendapat keputusan cemerlang A dalam semua subjek.

Keputusan itu diumumkan Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan Pkharuddin Ghazali di Sekolah Kebangsaan (SK) King George V di sini, hari ini.

Jumlah kelulusan berkenaan rendah berbanding pencapaian tahun lalu iaitu seramai 2,058 yang mendapat semua A.

Seramai 17,510 calon mengambil UPSR di negeri ini pada tahun ini dengan 12,348 murid mencapai keputusan penguasaan minimum.

Pencapaian keseluruhan calon UPSR tahun ini mengikut Gred Purata Negeri (GPN) menurun kepada 2.17 mata berbanding 2.13 mata tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 November 2014 @ 12:11 PM