BANTU wanita dalam dapatkan kulit lebih cantik, tubuh badan ideal.
BANTU wanita dalam dapatkan kulit lebih cantik, tubuh badan ideal.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


Rumpai laut bukan hanya sejenis alga yang boleh dimakan, malah ia juga dipercayai mengandungi banyak khasiat untuk kecantikan dan kesihatan badan.

Meskipun tidak mempunyai kolagen, rumpai laut dipercayai mampu membantu mengekalkan dan mengaktifkan proses pembentukan serta penghasilan kolagen dalam kulit manusia.

Ia juga mengandungi pelbagai vitamin seperti B, E dan C serta bahan antioksidan yang dapat membantu kesihatan dan kecantikan kulit.

Menyedari hakikat itu, syarikat Bumiputera, Pastel MindCube dari Perak tampil memperkenalkan dua produk kecantikan istimewa iaitu sabun dan krim selulit berasaskan rumpai laut menerusi jenama Ederra.

Pengasasnya Noor Aimi Mohd Yusuf, 20, berkata, masyarakat di negara ini sudah sedia maklum mengenai khasiat rumpai laut dan ia diterima ramai sebagai salah satu bahan utama dalam produk kecantikan.

“Justeru, kami ingin membantu wanita dalam mendapatkan kulit lebih cantik dan tubuh badan ideal yang mereka ingini,” katanya.

Menurutnya, selain rumpai laut, produk yang sesuai untuk lelaki mahupun wanita itu juga mengandungi khasiat kelapa laut, pudina, halia dan kopi. Sabun dan krim selulit itu sesuai untuk semua jenis kulit selain berbau harum.

“Kebanyakan pengguna kami mengakui mula merasai perubahan selepas tiga hari penggunaan yang konsisten.

“Sabun ini mampu membantu pengguna dalam menyelesaikan masalah seperti jerawat, ekzema selain mencerahkan, menganjalkan serta mengatasi kekeringan kulit.

“Manakala krim selulit pula dapat membantu membakar lemak, mengurangkan tanda regangan, menghilangkan dagu berlapis serta melangsing dan mencantikkan bentuk badan,” katanya.

Noor Aimi berkata, pihaknya juga akan memperkenalkan makanan kesihatan, Sahi Bird Nest dalam bentuk pil yang boleh dikunyah.

Produk terbabit diperbuat daripada sarang burung, aloe vera, madu dan estrak laici untuk kesihatan serta kecantikan dalaman.

“Orang ramai yang mahu mendapatkan sabun, krim selulit dan pil kecantikan itu boleh mendapatkannya menerusi pemborong utama kami iaitu Namamu Jaya Enterprise di Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur.

“Kami juga mengalu-alukan pengguna yang ingin menjadi ejen menerusi promosi serendah RM65 saja,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 April 2016 @ 5:05 AM