Memberi fokus untuk membantu wanita kelihatan lebih menarik, Malia Mellia, memperkenalkan produk penjagaan kulit, memutihkan kulit serta melangsingkan tubuh.

Sesuai untuk semua jenis kulit, jenama itu menghasilkan rangkaian produk penjagaan kulit terdiri daripada Magic Cream Skincare, Power Treatment Serum dan bedak asas Dd Cream Foundation Treatment.

Produk berkenaan sesuai untuk semua jenis kulit dan usia selain memiliki lima kombinasi krim, sabun dan penyegar yang dirumus khas untuk menghilangkan masalah kulit seperti jerawat, jeragat dan kulit kusam selain menjadikan wajah lebih berseri.

Bagi yang berminat mendapatkan kulit lebih cerah, produk Xtremez Radiance, memberi pilihan dalam bentuk bungkusan yang mudah dibawa dan diambil tidak kira masa serta tempat.

Ia berasaskan makanan sunah selain manfaat teh hijau untuk membantu menyingkirkan toksin dalam tubuh.

Pada masa sama, Malia Mellia turut memperkenalkan XXS Slimming Capsules yang bukan saja mampu menurunkan berat badan, tetapi menyingkirkan toksin yang berkumpul dalam tubuh melalui pemakanan tidak seimbang.

Sesuai untuk lelaki dan wanita, semua produk Malia Mellia mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan serta sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan boleh didapati melalui laman Instagram/ hqmaliamellia dan Facebook/ maliamellia’s.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 January 2016 @ 4:52 AM