ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran. FOTO Omar Osman
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran. FOTO Omar Osman
Omar Osman


Sungai Petani: Lima kedai musnah dalam kebakaran mengakibatkan kerugian dianggarkan berjumlah ratusan ribu di Pekan Tikam Batu, di sini, malam ini.

Kebakaran dipercayai bermula pada 8.20 malam menyebabkan kedai dan stor tayar, bengkel motosikal, kedai runcit serta kedai lesen memandu musnah sama sekali.

Difahamkan, angin kuat menyebabkan api marak dengan cepat dan anggota bomba terpaksa menyembur buih bagi memadam kebakaran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu, Penolong Penguasa Bomba Mohd Razmi Abd Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan pada 8.29 malam lalu enam jentera daripada BBP Tikam Batu dan Sungai Petani bersama 38 anggota bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba didapati api sedang marak menyambar lima kedai dan tindakan mengawal kebakaran dilakukan bagi menggelak daripada merebak. Namun angin kuat menyebabkan api marak.

"Kita terpaksa menggunakan semburan buih bagi memadam kebakaran dan api berjaya dikawal pada 9.15. Setakat ini, kerja memadam kebakaran masih dilakukan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Februari 2016 @ 11:23 PM