PAK Che Hitam (duduk) dan Hamidun (kiri) bersama rakan membuat persiapan  memasang papan tanda arah.
PAK Che Hitam (duduk) dan Hamidun (kiri) bersama rakan membuat persiapan memasang papan tanda arah.

Jasin: Pemilihan Asahan sebagai medan saingan memberi peluang kepada penduduk setempat berbakti menjayakan acara itu nanti.

Seramai 80 penduduk terpilih bekerjasama dengan pasukan teknikal kejohanan yang akan memberi bantuan mengenal pasti trek serta menyiapkan laluan untuk tujuan perlumbaan, selain menjadi marshal pada hari kejohanan.

Pak Che Hitam Santharam, 38, berkata beliau sangat teruja apabila diminta memberi kerjasama sejak lebih tiga minggu lalu bagi mengenal pasti laluan trek dan membuat penanda bagi kejohanan itu.

“Saya diberikan kepercayaan pasukan teknikal kerana saya dianggap pakar dengan laluan kawasan ladang serta hutan di Asahan ini.

“Kelebihan ini disebabkan saya anak jati di sini dan kawasan itu tempat permainan serta laluan saya gunakan setiap hari.

“Sebagai orang Asahan saya perlu memberi kerjasama sejak trek dibina sehinggalah tamat hari kejohanan itu dengan komitmen penuh,” katanya, di sini, semalam.

Seorang lagi penduduk Hamidun Sabi, 37, berkata kali terakhir beliau terbabit sebagai marshal perlumbaan basikal pada tiga tahun lalu sewaktu penganjuran perlumbaan tertutup diadakan di Asahan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 November 2014 @ 5:35 AM