Najib mendengar penerangan diberi Pengarah Urusan Naza TTDI, SM Faliq SM Nasimuddin (kiri) ketika meninjau tapak projek, semalam.
Najib mendengar penerangan diberi Pengarah Urusan Naza TTDI, SM Faliq SM Nasimuddin (kiri) ketika meninjau tapak projek, semalam.

Kuala Lumpur: Naza TTDI Sdn Bhd dan cabang perniagaan pembinaannya, Naza Engineering & Construction Sdn Bhd menerima kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang melawat projek pembinaan Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur, semalam.

MITEC yang termasuk di dalam projek pembangunan bercampur, KL Metroplis yang mempunyai keluasan pembangunan 30.5 hektar bakal menjadi pusat pameran terbesar di Malaysia apabila siap sepenuhnya pada masa depan.

Pengerusi Naza TTDI dan Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin berkata, MITEC kini sudah mencapai 88 peratus siap dan dalam landasan betul untuk disempurnakan pada Ogos 2016.

“Dengan 1.5 juta kaki persegi ruang pameran dan mampu memuatkan 45,000 orang di bawah satu bumbung, MITEC boleh dimanfaatkan untuk pelbagai kegunaan.

“Kami berbangga menunjukkan kepada Perdana Menteri secara langsung reka bentuk dan bahan berkualiti yang digunakan bagi membangunkan projek MITEC,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Februari 2016 @ 7:17 AM