DR Zeti melihat model kampus ASB  selepas majlis pecah tanah di Kuala Lumpur, semalam.
DR Zeti melihat model kampus ASB selepas majlis pecah tanah di Kuala Lumpur, semalam.
Oleh Hafiz Ithnin

Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia (BNM) melihat taraf stabil yang diberikan oleh agensi penarafan antarabangsa, Fitch Ratings kepada Malaysia semalam menunjukkan kestabilan dan daya tahan negara berdepan dengan cabaran ekonomi semasa.

Semalam, agensi itu mengesahkan Penarafan Kemungkiran Penerbit (IDR) mata wang asing dan tempatan jangka panjang Malaysia masing-masing kepada ‘A-’ dan ‘A’ dengan unjuran stabil.

Agensi penarafan itu turut mengesahkan penarafan terbitan bon mata wang tempatan tidak bercagar senior Malaysia pada ‘A’ dan had siling negara pada ‘A’ manakala IDR mata wang asing jangka pendek pada ‘F2.’

Penarafan itu, kata Fitch, antara lainnya didorong oleh komitmen kerajaan terhadap usaha pengukuhan fiskal, kestabilan ringgit serta pertumbuhan rizab dan ekonomi yang lebih kukuh.

Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, persediaan awal Malaysia dengan mempunyai polisi dan langkah-langkah awal yang betul sebelum berdepan dengan cabaran ekonomi yang sukar dijangka adalah faktor mengekalkan daya tahan pertumbuhan ekonomi negara.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Februari 2016 @ 7:02 AM