WAN Ahmad (tengah) menyaksikan sumbangan 40 basikal oleh Tey (dua kanan) kepada Mohd Taib (dua kiri). FOTO Mohd Azren Jamaludin
WAN Ahmad (tengah) menyaksikan sumbangan 40 basikal oleh Tey (dua kanan) kepada Mohd Taib (dua kiri). FOTO Mohd Azren Jamaludin
Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU) menerima sumbangan 40 unit basikal bagi tujuan rondahan pencegahan jenayah di kawasan pentadbirannya.

Sumbangan berkenaan disampaikan Presiden Persekutuan Tionghua, Johor Bahru, Datuk Teh Kim Chai sempena Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2016 Polis Daerah JBU dan masyarakat Cina Johor Bahru.

Basikal itu diserahkan Teh kepada Ketua Polis Daerah JBU, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad disaksikan Wan Ahmad.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, penyerahan basikal berkenaan memberi kesan yang signifikan dalam mencegah jenayah di penempatan penduduk.

"Kesungguhan polis dalam mencegah jenayah tidak akan berhasil tanpa keprihatinan masyarakat terutama dalam menyalurkan maklumat berkaitan jenayah," katanya.

Pada majlis itu, 11 individu kurang bernasib baik dan pesakit kronik termasuk anggota polis turut menerima sumbangan keseluruhan RM33,000.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Februari 2016 @ 12:52 AM