TIMBALAN Ketua Polis JBU,  Superintendan Beh Eng Lai (kanan) serah tugas Mohd Taib Ahmad (kiri) yang dilantik Ketua Polis Dearah JBU, dengan disaksikan Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd (tengah) pada Majlis Serah dan Terima Tugas Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, di Dewan Puncak Harmoni, Johor Bahru. FOTO Mohd Azren Jamaludin

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Johor Bahru: Bekas Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad dilantik Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) berkuat kuasa hari ini.

Beliau mengambil alih tugas daripada Timbalan Ketua Polis Daerah JBU, Superintendan Beh Eng Lai yang memangku jawatan itu sejak 10 Ogos lalu.

Majlis serah terima tugas berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah JBU pagi ini dengan disaksikan Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Aishah Mohammad dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat.

Majlis itu turut menyaksikan isteri Mohd Taib, Musleha @ Noor Rizan Musleh dilantik Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JBU.

Musleha mengambil alih jawatan itu daripada Timbalan Pengerusi PERKEP JBU, Lim Kim Yan sambil disaksikan Pengerusi PERKEP Kontinjen Johor, Datin Musalma Mohd Saman.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Disember 2015 @ 11:33 AM