Angah bersama bakal isterinya (tiga dari kiri). FOTO ihsan Angah
Angah bersama bakal isterinya (tiga dari kiri). FOTO ihsan Angah
Ridzuan Abdul Rahman


Kuala Lumpur: Pelawak dan pelakon Angah Raja Lawak, 38, mengesahkan akan berkahwin dengan gadis pilihannya Amira Asyura Abd Razak, 20, pada 20 Februari depan selepas sembilan tahun menduda.

Angah atau nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim yang ditemui pada majlis pengumuman peserta Maharaja Lawak Mega 2016 di sebuah hotel di sini, petang tadi berkata, mereka berkenalan sejak dua tahun lalu dan membuat keputusan untuk bertunang pada 18 Januari tahun lalu.

"Majlis ini akan berlangsung di Dewan Tun Ali, Melaka. Saya sudah menyiapkan kelengkapan untuk berkahwin dan membuat persediaan secukupnya.

"Saya sekarang sedang belajar untuk jadi seorang imam buat isteri saya. Apapun saya bersyukur kerana bakal berumah tangga semula," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 January 2016 @ 8:27 PM