Susunan Georgie Joseph


Penyanyi Taylor Swift, 26, cemerlang di Grammy Awards 2016 apabila merangkul trofi Album Terbaik dalam majlis yang berlangsung di Staples Center, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), pagi tadi.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan penyanyi lagu Blank Space itu mengenepikan beberapa calon handalan lain seperti Kendrick Lamar, The Weeknd, Alabama Shakes dan Chris Stapleton dalam saingan anugerah itu memasuki edisi ke-58.

Taylor yang pernah memenangi kategori sama pada Grammy Awards 2010 dalam ucapannya berkata, bukan mudah untuk dia sampai ke tahap sekarang.

“Sebagai penyanyi wanita pertama menang dua kali kategori ini, saya ingin berpesan kepada wanita lain bahawa akan ada manusia yang cuba pertikai kejayaan dan ambil kesempatan terhadap pencapaian anda.

“Jangan ambil pusing kata-kata mereka kerana ia langsung tidak membantu anda. Ingatlah, anda berjaya kerana diri sendiri dan sokongan insan yang menyayangi anda,” katanya turut memenangi kategori Album Pop Vokal Terbaik dan Muzik Video Terbaik.

Mendapat pencalonan terbanyak Grammy kali ini, penyanyi rap Kendrick Lamar tidak pulang tangan kosong apabila mendominasi kategori Album Rap Terbaik, Persembahan Rap Terbaik, Lagu Rap Terbaik, Kolaborasi Rap/Nyanyian Terbaik dan Muzik Video Terbaik yang dikongsi bersama Taylor menerusi lagu Bad Blood.

Selain itu, penyanyi Britain, Ed Sheeran mengungguli kategori Lagu Terbaik dan Persembahan Solo Pop Terbaik menerusi lagu Thinking Out Loud.

Lagu Uptown Funk nyanyian Bruno Mars dan Mark Ronson pula memenangi kategori Rakaman Terbaik, manakala Meghan Trainor membawa pulang trofi Artis Baru Terbaik.

Pada acara itu, turut menghangatkan pentas adalah Justin Bieber, Lady Gaga, Carrie Underwood, Chris Stapleton, Sam Hunt, The Weeknd, Ellie Goulding, John Legend, Demi Lovato, Luke Bryan, Meghan Trainor, Tyrese Gibson dan Johnny Depp.

SENARAI PEMENANG GRAMMY AWARDS KE-58

Album Terbaik: Taylor Swift, 1989

Rakaman Terbaik: Mark Ronson & Bruno Mars, "Uptown Funk"

Lagu Terbaik: Ed Sheeran, "Thinking Out Loud"

Artis Baru Terbaik: Meghan Trainor

Persembahan Rock Terbaik: Alabama Shakes, "Don't Wanna Fight"

Album Country Terbaik: Chris Stapleton, Traveller

Album Rap Terbaik: Kendrick Lamar, To Pimp a Butterfly

Album Vokal Pop Terbaik: Taylor Swift, 1989

Muzik Video Terbaik: Taylor Swift, Kendrick Lamar, "Bad Blood"

Rakaman Tari Terbaik: Skrillex, Diplo and Justin Bieber - "Where Are Ü Now"

Album Elektronik/Tari Terbaik: Skrillex and Diplo, Skrillex And Diplo Present Jack Ü

Persembahan R&B Ternaik: The Weeknd - "Earned It (Fifty Shades Of Grey)"

Lagu R&B Terbaik: D'Angelo, Kendra Foster, "Really Love"

Album Kontemporari Urban Terbaik: The Weeknd, Beauty Behind The Madness

Album R&B Terbaik: D'Angelo, Black Messiah

Lagu Rock Terbaik: Alabama Shakes, "Don't Wanna Fight"

Album Rock Terbaik: Muse, Drones

Album Muzik Alternatif Terbaik: Alabama Shakes, Sound & Color

Persembahan Rap Terbaik: Kendrick Lamar, "Alright"

Kolaborasi Rap/Nyanyian Terbaik: Kendrick Lamar featuring Bilal, Anna Wise, Thundercat, 'These Walls'

Lagu Rap Terbaik: Kendrick Lamar, Kawan Prather, Sounwave, Pharrell Williams, "Alright"

Persembahan Solo Pop Terbaik: Ed Sheeran, "Thinking Out Loud"

Persembahan Duo/Berkumpulan Pop Terbaik: Mark Ronson featuring Bruno Mars,"Uptown Funk"

Tamat

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Februari 2016 @ 4:11 PM
Taylor sewaktu berada di atas pentas menerima anugerah Album Terbaik Grammy ke-58. FOTO AFP
Taylor sewaktu berada di atas pentas menerima anugerah Album Terbaik Grammy ke-58. FOTO AFP