Tarmizi diiringi anggota polis selepas didakwa merogol teman wanita yang dibunuhnya. FOTO Mikail ong
Tarmizi diiringi anggota polis selepas didakwa merogol teman wanita yang dibunuhnya. FOTO Mikail ong
Hadzlihady Hassan


Balik Pulau: Pengawal keselamatan yang didakwa membunuh pelajar perempuan tingkatan lima Oktober tahun lalu, hari ini didakwa merogol gadis terbabit di Mahkamah Majistret, di sini.

Tarmizi Yaakob, 20, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap remaja berkenaan yang juga kekasihnya pada 7.30 pagi di Teluk Kumbar dekat sini 25 Oktober 2015 mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan dan Tarmizi hanya tunduk mendiamkan diri ketika pertuduhan itu dibacakan terhadapnya di hadapan Majisret Nur Azzuin Moati.

Mahkamah kemudian menetapkan 22 Mac depan untuk sebutan kes itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya J G Kaameini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Februari 2016 @ 1:55 PM