KIATISUK Senamuang
KIATISUK Senamuang
Daripada Aziman Rosdi di Singapura

Jurulatih Thailand Kiatisuk Senamuang tidak ambil peduli sejauh mana kemampuan Harimau Malaya pada edisi Piala AFF kali ini kerana percaya barisan gabungan pemain bintang Sukan Asia Incheon dengan pemain seniornya mempunyai kelebihan pada pertembungan esok di Stadium Jalan Besar.

Kemenangan ke atas Malaysia pada aksi kedua Kumpulan B itu akan meletakkan skuad Gajah Perang itu dalam kedudukan selesa ke separuh akhir selepas meraih tiga mata penuh kelmarin hasil kemenangan 2-1 ke atas tuan rumah Singapura.

Kiatisuk,41, legenda Thailand menurunkan enam pemain skuad Sukan Asia Incheon yang mara ke separuh akhir dalam kesebelasan utama menentang juara bertahan Singapura.

Pengendali yang diberi jolokan Zico itu tidak kisah untuk membuat rombakan pemain apabila berdepan Malaysia berdasarkan kekuatan pasukan yang beliau miliki.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 November 2014 @ 5:03 AM