ANTARA gelagat ibu bapa atau penjaga bersama kanak-kanak ketika menggunakan eskalator. FOTO Rizanizam Abdul Hamid
ANTARA gelagat ibu bapa atau penjaga bersama kanak-kanak ketika menggunakan eskalator. FOTO Rizanizam Abdul Hamid
Rizanizam Abdul Hamid


Kuala Lumpur: Hanya tujuh daripada 20 ibu bapa atau penjaga kanak-kanak didapati memimpin tangan kanak-kanak yang dibawa ketika menggunakan eskalator.

Itu hasil tinjauan wartawan Harian Metro terhadap gelagat orang dewasa yang membawa kanak-kanak berusia antara tiga hingga 10 tahun ketika menggunakan tangga eskalator di sebuah hab pengangkutan bersepadu di sini selama satu jam bermula 10 pagi tadi.

Biarpun media kerap melaporkan insiden kemalangan membabitkan kaki atau tangan kanak-kanak tersepit kerana kecuaian ketika menggunakan eskalator, ia seolah-olah tidak memberi pengajaran kepada mereka.

Sebaliknya, ibu bapa atau penjaga dilihat lebih mengutamakan untuk memegang atau menggalas beg pakaian yang dibawa manakala kanak-kanak dibiarkan menggunakan sendiri tangga berkuasa elektrik itu.

Tinjauan juga mendapati, ibu bapa lebih gemar mengawasi anak-anak mereka dengan pandangan dan bukannya memimpin tangan bagi mengelak berlakunya kejadian tidak diingini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Februari 2016 @ 1:15 PM