LORENZO (kanan) dan Rossi pada hari terakhir ujian rasmi MotoGP 2016 di Litar Antarabangsa Sepang, semalam.
LORENZO (kanan) dan Rossi pada hari terakhir ujian rasmi MotoGP 2016 di Litar Antarabangsa Sepang, semalam.
Oleh Saiful Affendy Sapran


Sepang: Juara dunia Jorge Lorenzo memberi amaran awal kepada rakan sepasukannya Valentino Rossi apabila mendominasi sesi ujian rasmi pra musim MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang berakhir semalam.

Pelumba Movistar Yamaha itu yang masih mempunyai hubungan dingin bersama Rossi selepas insiden merebut kejuaraan dunia musim lalu, mendominasi hari pertama sesi ujian dengan mencatat masa terpantas ketika Rossi menduduki tempat kedua.

Hari kedua kelmarin pula menyaksikan giliran Danilo Petrucci dari Octo Pramac mencatat masa terpantas dengan Lorenzo masih konsisten di tempat kedua manakala Rossi sekadar keenam terpantas.

Bagaimanapun, Lorenzo kembali menggegar litar semalam apabila kembali mencatat masa paling pantas berbanding dua sesi sebelum ini iaitu 1 minit 59.580 saat, satu-satunya pelumba yang berjaya melakukan catatan masa sepusingan terpantas di bawah 2 minit.

Rossi yang juga juara dunia sembilan kali, ketinggalan 0.976s untuk kedua terpantas.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Februari 2016 @ 5:39 AM