Oleh Afiq Hanif


Surface Pro 4 menggambarkan segala-galanya yang baik mengenai Microsoft apabila mempunyai ciri baik termasuk reka bentuk, kombinasi pemprosesan dan perisian pantas serta mesra pengguna selain mudah dibawa ke mana saja.

Secara tidak langsung, peranti ini bersesuaian untuk individu yang bekerja dengan sejumlah spesifikasi yang berat, namun masih boleh memuatkan laptop atau tablet ini dalam beg tanpa membebankan diri.

Perisian lengkap bagi sistem operasi yang memungkinkan akses kepada pelbagai ciri Microsoft termasuk berkaitan ‘cloud’ menjadikan Surface Pro 4 memudahkan kerja meskipun harganya mungkin agak tinggi.

Microsoft mengekalkan nisbah skrin 3:2 sama seperti Surface Pro 3 yang memberikan ciri lebih profesional bagi skrin dan menjadikannya lebih sesuai untuk kreativiti.

Ia termasuk kerja grafik, penyuntingan video mahupun kerja biasa. Nisbah terbabit kekal meskipun saiz kasis bagi Pro 4 meningkat daripada saiz skrin 12 inci kepada 12.3 inci.

Terdapat tiga konfigurasi CPU (Intel i3, i5 dan i7) manakala spesifikasi perkakasan mungkin perubahan terbesar terutama apabila bertukar kepada arkitektur Skylake.

Perbezaannya dengan Surface Pro 3 jelas kelihatan apabila anda menggunakan Pro 4 untuk beban kerja.

Arkitektur Skylake lebih cekap berbanding cip Haswell sebelumnya ditambah prestasi bateri dipertingkatkan dalam Pro 4 ini

Ia mungkin kerana Microsoft mengurangkan saiz bateri yang sedikit daripada 42wH kepadqa 39wH.

Ketahanan baterinya membolehkan pengguna mengguna pakai gajet ini sehingga sembilan jam manakala tahap kenipisannya pula pada 8.4mm.

Senarai harganya juga boleh tahan, Ia (termasuk pen stylus) berharga RM3,999 (Core M/128GB/4GB); RM4,449 (i5/128GB/4GB); RM5,799 (i5/256GB/8GB); RM7,099 (i7/256GB/8GB); RM8,049 (i7/256GB/16GB) dan RM9,799 (i7/512GB/16GB)

Namun jika Microsoft boleh menambah satu lagi port berbanding hanya sekarang di samping pembaca kad mikroSD, jek fon kepala, mini DisplayPort, Cover port atau SurfaceConnect pastinya lebih menarik.

Kalau mahu membelinya, pengedar seperti SNS Network sudah pasti menjualnya.

INFO

MICROSOFT SURFACE PRO 4

- Pengeluar: Microsoft

- Ciri: Tablet hibrid

- Pro: Perisian lengkap laju

- Kontra: Harganya...

- Laman Web: microsoft.com/my

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 January 2016 @ 10:41 AM