Beregu lelaki negara tewas, sekali gus melepaskan peluang terbaik untuk meraih gelaran sulung tahun ini. FOTO Rosli Ahmad
Beregu lelaki negara tewas, sekali gus melepaskan peluang terbaik untuk meraih gelaran sulung tahun ini. FOTO Rosli Ahmad
Oleh Ferzalfie Fauzi


Georgetown: Beregu lelaki negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong melepaskan peluang terbaik untuk meraih gelaran sulung tahun ini apabila sekadar muncul naib juara, Grand Prix (GP) Emas Masters Malaysia sebentar tadi.

Mereka tumpas kepada pasangan Indonesia, Gideon Markus Fernaldi-Kevin Sanjaya Sukamuljo 21-18, 13-21, 18-21 dalam perlawanan akhir di Arena SPICE, dekat sini.

Bekas pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu meraih trofi dan wang tunai AS$4,560 (RM19,478).

Sementara itu, beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing tumpas kepada gandingan China, Zheng Siwei-Li Yinhui petang tadi.

Mereka kalah straight set 14-21, 19-21 dalam perlawanan yang berlangsung selama 34 minit.

Kedua-duanya gagal untuk meraih kejuaraan sulung dan hanya membawa pulang trofi beserta hadiah wang tunai AS$4,560 (RM19,478).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 January 2016 @ 5:54 PM