Najib Razak. FOTO fail NSTP Yazit Razali
Najib Razak. FOTO fail NSTP Yazit Razali
Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) esok bagi membincangkan langkah keselamatan yang sudah diambil dan perkembangan terkini termasuk insiden keganasan terbaru di Jakarta, Indonesia minggu lalu.

Menurutnya, kerajaan pada masa turut mengarahkan agensi keselamatan negara untuk meningkatkan lagi usaha menangani kemungkinan ancaman keganasan di negara ini susulan serangan pengganas di beberapa bandar besar dunia.

"MKN yang dipengerusikan saya memandang dengan amat serius ancaman daripada pengganas yang bersifat keagamaan melampau.

"Kerajaan bersetuju mengambil langkah tertentu bagi menghalang dan mematahkan sebarang usaha pengganas untuk menggangu gugat keamanan dan keharmonian negara ini," katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini, hari ini.

Katanya, beliau yakin dan percaya rakyat Malaysia cintakan keamanan dan keharmonian justeru, semua rakyat perlu bersatu padu bersama kerajaan untuk menangani ancaman pengganas ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 January 2016 @ 3:09 PM