TIGA mayat kelihatan selepas letupan bom di Jakarta. FOTO AFP
TIGA mayat kelihatan selepas letupan bom di Jakarta. FOTO AFP
Agensi

Jakarta: Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh apabila beberapa letupan menggegarkan bandar raya ini, pagi tadi.

Wartawan AFP melaporkan melihat tiga mayat bergelimpangan di jalan utama Jakarta berikutan letupan itu.

Polis mengesahkan kejadian berpunca daripada letupan bom.

Agensi berita Antara sebelum itu menyatakan, sekurang-kurangnya enam letupan kedengaran dengan yang pertama pada 10.40 (waktu tempatan), kedua 10.50 pagi dan ketiga, 10.56 pagi.

Menurutnya, tembak-menembak juga dilapor berlaku di sekitar kawasan Sarinah, di Jalan Thamrin. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2016 @ 12:46 PM