BERNHARDT (dua dari kiri)  mahu fokus curah ilmu kepada Skuad Projek Sukan SEA 2017.
BERNHARDT (dua dari kiri) mahu fokus curah ilmu kepada Skuad Projek Sukan SEA 2017.
Oleh Aziman Rosdi

Shah Alam: Segala pertikaian mengenai penyertaan Skuad Projek Sukan SEA 2017 dalam Liga Perdana musim ini berakhir apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersedia menarik semula cadangan itu.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Afandi Hamzah yang menyatakan jurulatih Frank Bernhardt masih memerlukan masa untuk menilai pemain sebelum mengekalkan mereka dalam satu pasukan bagi tempoh lama.

“Kemungkinan besar tahun ini tidak ada pasukan. Kemungkinan tahun depan baru kita kumpul pemain dalam satu pasukan untuk menyertai liga sama ada domestik atau luar negara.

“Hasil perbincangan dengan jurulatih, ini pilihan terbaik kita. Kita bimbang jika pasukan ini terus diambil menyertai kejohanan sedangkan belum dinilai dengan teliti, akhirnya pada tahun depan terpaksa mencari pemain lain,” katanya pada sidang media selepas majlis undian Piala FA 2016 semalam.

Penjelasan itu merungkai segala kemelut mengenai cadangan penyertaan Skuad Projek Sukan SEA 2017 dalam Liga Perdana pada saat akhir yang dilihat boleh mengganggu perancangan liga itu musim ini.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 January 2016 @ 5:23 AM