PEMAIN muda mula berlatih bersama Bernhardt.
PEMAIN muda mula berlatih bersama Bernhardt.
Oleh Aziman Rosdi


Petaling Jaya: Ketika Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bercadang mengekalkan pemain Skuad Projek Sukan SEA 2017 dalam tempoh lama dengan menyertai liga domestik, segelintir pemain yang sudah mengikat kontrak dengan pasukan negeri dan kelab tidak berminat dengan tawaran itu.

Sembilan pemain Harimau Muda B dan 30 pemain Harimau Muda C dipanggil bagi sesi pemilihan kendalian jurulatih dari Jerman Frank Bernhardt semalam namun 10 daripadanya tidak hadir.

Pengendali itu menyatakan pemain berkenaan akan melaporkan diri hari ini sekali gus menolak andaian awal tidak mendapat pelepasan daripada pasukan negeri atau kelab masing-masing.

Semua pemain dikumpulkan itu adalah bekas pemain Harimau Muda B dan C yang dibubarkan selepas tamat kontrak 31 Disember lalu dan kebanyakan mereka sudah menandatangani kontrak bersama pasukan Liga Malaysia.

Menurut penyerang Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew, 18, dia sudah menandatangani kontrak dua tahun bersama Pulau Pinang dan lebih berminat untuk menimba pengalaman bersama pasukan Harimau Kumbang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 January 2016 @ 6:10 AM