DALAM keadaan duduk angkat kedua-dua dumbel ke atas. Luruskan kedua-dua tangan.
DALAM keadaan duduk angkat kedua-dua dumbel ke atas. Luruskan kedua-dua tangan.
DALAM posisi sama turunkan dumbel perlahan-lahan ke paras dada dan lakukan pengulangan dalam kiraan lapan.
DALAM posisi sama turunkan dumbel perlahan-lahan ke paras dada dan lakukan pengulangan dalam kiraan lapan.
BERDIRI tegak dengan kedua-dua tangan memegang dumbel paras dada.
BERDIRI tegak dengan kedua-dua tangan memegang dumbel paras dada.
DALAM posisi ‘back row’ tarik pemegang sehingga ke bahagian dada. Luruskan kedua-dua tangan.
DALAM posisi ‘back row’ tarik pemegang sehingga ke bahagian dada. Luruskan kedua-dua tangan.
KEMUDIAN lepaskan perlahan-lahan. Lakukan secara berulang-ulang dalam kiraan lapan.
KEMUDIAN lepaskan perlahan-lahan. Lakukan secara berulang-ulang dalam kiraan lapan.
BERBARING di atas bench press angkat barbell ke atas. Luruskan tangan.
BERBARING di atas bench press angkat barbell ke atas. Luruskan tangan.
JATUHKAN barbell perlahan-lahan sehingga rapat ke dada. Lakukan pengulangan dalam kiraan lapan.
JATUHKAN barbell perlahan-lahan sehingga rapat ke dada. Lakukan pengulangan dalam kiraan lapan.
Oleh Siti Zarinah Sahib

Selalunya mengangkat besi untuk memiliki tubuh yang menarik dikaitkan dengan lelaki saja, manakala wanita kebiasaannya melakukan senaman aerobik atau kardio. Tanggapan mengatakan mengangkat besi atau dumbel akan menjadikan tubuh besar seperti ahli bina badan ternyata salah sama sekali.

Senaman mengangkat dumbel akan meningkatkan tahap metabolisme dan membantu untuk menurunkan berat badan dengan cepat. Badan menjadi berbentuk dan lebih bertenaga.

Menurut jurulatih kecergasan yang juga pemilik Fixme Studio Adilin Ali, senaman menggunakan dumbel sebagai bebanan boleh dilakukan wanita. Ia bukanlah untuk membina otot seperti lelaki semata-mata sebaliknya menguatkan bahagian tertentu sekali gus menjadikan tubuh lebih sihat.

Dumbel juga mempunyai pelbagai keberatan biasanya bermula daripada satu paun (1 lb) dan seterusnya ditambah mengikut keupayaan dan tujuan mengangkatnya. Paling menarik latihan menggunakan dumbel tidak terikat dengan mesin mesin latihan seperti di gimnasium dan latihan dumbel tidak memerlukan ruang yang luas, ia boleh dilakukan di mana saja di rumah atau di pejabat. Dumbel mudah diperoleh dan boleh dibeli di pasar raya besar atau kedai alat sukan dengan harga berpatutan.

Menurut Adilin, terdapat pelbagai kebaikan menggunakan dumbel ketika bersenam antaranya menguatkan daya tahan otot menjadikan wanita lebih bertenaga dan tidak cepat letih dalam melakukan tugas seharian.

“Ini bagus untuk wanita berkerjaya yang melakukan tugasan di pejabat dan pulang ke rumah terpaksa menguruskan anak kerana mereka masih kekal cergas dan bertenaga,” katanya.

Senaman menggunakan dumbel juga senaman asas untuk menguatkan otot major termasuk kaki, belakang dada dan bahu. Ia boleh dilakukan tiga set sebanyak lapan hingga 12 kali pengulangan.

Jika dilakukan secara rutin dapat membentuk badan menjadi lebih langsing kerana ketika bebanan diangkat, otot bekerja lebih kuat dan pembakaran kalori berlaku.

“Latihan senaman menggunakan dumbel ini boleh juga dilakukan bersama senaman lain. Ia dapat meningkatkan metabolisme sekali gus membuatkan pembakaran kalori berlaku dengan cepat,” katanya.

Adilin turut menunjukkan beberapa teknik senaman menggunakan dumbel yang boleh dilakukan di gimnasium.

Cara mengelakkan kecederaan semasa latihan dumbel:

- Memanas dan meregangkan badan terlebih dulu sebelum melakukan latihan.

- Mulakan latihan menggunakan dumbel yang sederhana berat.

- Gunakan dumbel dengan pergerakan terkawal tanpa menghayunkannya.

- Hembus nafas melalui mulut apabila mengangkat dumbel dan tarik nafas melalui hidung semasa menurunkannya.

- Mulakan latihan dengan kumpulan otot besar.

- Jangan melakukan latihan dengan keadaan memaksa dan pastikan otot tidak digunakan lebih daripada tahap yang dibenarkan.

- Perut ditarik ke dalam supaya mempunyai postur yang betul dan bahagian belakang badan dalam keadaan semula jadi dan selesa.

- Pastikan lutut dan siku tidak dikunci.

- Dilarang sama sekali menggunakan dumbel semasa melakukan latihan aerobik berimpak rendah atau berimpak tinggi.

- Elak daripada menggenggam dumbel terlalu kuat dan pastikan pergelangan tangan dalam keadaan kukuh dan tidak bengkok.

- Lakukan regangan selepas latihan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 January 2016 @ 9:49 AM